Assalamualaikum.
Selama ini aku fikir aku boleh melakukannya, namun, kenyataan bukan begitu mudah. Aku perlukan lebih ilmu dan masa untuk melakukan yang terbaik. Aku masih muda, masih mentah, masih jahil, masih naif dalam segala perlakuanku. Oleh itu, aku akan berjalan melalui peredaran masa sambil mengutip ilmu dan pengalaman yang ada. Kemudian aku akan kembali, menjadi seorang lelaki yang lengkap, untuk mempertahankan apa yang aku percayakan. Walau bagaimanapun, perjalanan ini adalah satu cabaran, satu ujian kepada aku daripada Allah s.w.t. Oleh itu, nantikan kepulangan aku. Nescaya, aku akan cuba sedaya nyawa belia aku, untuk menegakkan apa yang benar.
Terima kasih.
Kalau nak buat laksa rasa lagi sedap..
..makanlah dengan tangan.
Thursday, April 14, 2011
Sunday, January 2, 2011
What happens to a tree when the roots are absent?
Hi. On this very nice Sunday morning, I have something to share with you. I have been travelling a lot recently. So last month, I went to the UK. It was not your usual London holiday. We were there for a different purpose. Putting that aside, me and my family stayed there for almost one month. And that was a very loooong time away from home. Believe me. After we had done what had to be done, we came back. There's no need to talk about the trip, right?
Anyway, my father, who always makes decisions on a whim, decided that we have to go back to Terengganu ASAP. And yeah, two days later, we did go back to Terengganu. You can imagine the lethargy accumulated from trip and not mentioning the jet lag we acquired during the flight. The best chance for us to rest was sacrificed instead of a 7-hour long drive to Terengganu. The only appropriate question would be "why dad?".
So, can you tell me why? Can you make out the reason behind this? You see, one thing about my father, is that he implies his thinking into his actions, literally. So what he thought was, no matter how far you go, how big your achievements are or how good you become, you can never forget your roots. Can you see the difference in place, status and time? From the much renowned high-end Western land of UK straight to humble Malay kampong of Terengganu. It's quite an experience, if you ask me.
For those who wish to be successful, rich, or famous, no matter what you do, just don't forget who you are and where you came from. Even Islam stresses on the importance of your origin, or as the Malay says it, 'keturunan'. Don't try to imitate other people because you might lose sight of the real purpose of what you are doing. A good example? The Japanese. What did they do? I don't know, they just rose from the ashes and conquered the world's economy in just a matter of 40-50 years. No big deal? I don't think so. They did all that and still managed to preserve their culture in their work and life. So just ask yourself. Why can't we be like them?
Just a piece of advice.
Tuesday, December 28, 2010
Permulaan yang baru
Assalamualaikum. Apa khabar semua? Harap semua sihat belaka. Saya telah memulakan blog ini dengan hanya satu misi; dengan hanya menyatakan apa yang benar supaya saya sendiri dan anak-anak Melayu yang lain dapat memperoleh sedikit sebanyak ilmu yang akan dikongsi bersama. Antara yang saya akan kongsi bersama adalah berkenaan agama, bangsa, negara dan juga isu-isu lain yang relevan dengan kehidupan dan perjalanan seorang anak Melayu yang beragama Islam. Walaupun saya, bak kata ayah saya, masih merah lagi dalam melakukan perkara sebegini, saya juga sedang belajar dan berharap dapat membantu rakan-rakan yang lain.
Pertama sekali, saya bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memberikan saya sebuah keluarga yang menakjubkan. Orang putih katakannya sebagai "the best". Allah telah kurniakan saya dengan keluarga yang mempunyai asas agama yang teguh, semangat kekitaan yang kuat dan sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain. Dengan nikmat ini, saya dapat melihat apa yang lain tidak berpeluang. Oleh itu, saya cuba kongsi bersama apa yang saya dapat pelajari dengan semua anak bangsa yang lain supaya kita semua sedar bahawa kita bukan tidak boleh, cuma tidak cuba sahaja.
Keduanya, saya ingin terangkan modus operandi blog ini. Saya akan cuba selitkan sebarang isu semasa yang saya rasa sebagai satu isu yang relevan. Walau bagaimanapun, segala isu yang saya akan post dalam blog ini adalah penting dan relevan. Pada masa tertentu, saya juga akan menggunakan bahasa Inggeris kerana untuk menjadi anak bangsa berjaya, kita perlu bersaing di persada dunia. Dan untuk bersaing di persada dunia, kita perlulah berkomunikasi menggunakan "the world's language". Dan harapan saya adalah untuk menggunakan bahasa Arab dalam blog ini pada suatu hari nanti. Saya hanya akan menyatakan yang benar dan sesiapa yang membaca blog ini juga perlu melakukan perkara yang sama. Sesiapa yang mahu bersuara dialu-alukan agar kita semua dapat belajar daripadanya. Terima kasih.
Macam karangan BM pulak ye? Biarlah formal sikit. Kalau bukan kita, siapa lagi?
Subscribe to:
Posts (Atom)